Hari ini,
internet merupakan salah satu media yang paling utama dan paling penting.
Internet boleh dikatakan menjadisumber rujukan utama dalam mengetahui tentang
isu-isu semasa tempatan dan juga luar negara. Internet juga merupakan media
hiburan utama bagi remaja-remaja dan juga golongan dewasa. Namun begiitu,
terdapat juga segelintir pihak yang telah menyalahgunakan kemudahan internet
ini. Kemudahan internet telah disalahgunakan dengan dijadikan media atau sumber
untuk melawat ke laman web pornografi.
Sebagai langkah
berjaga-jaga, disamping untuk mengelakkan masalah ini kian berleluasa di
kalangan remaja dan kanak-kanak terutamanya, beberapa langkah mengatasi
haruslah diambil. Pendekatan haruslah diambil melalui pencegahan dirumah dan di
sekolah. Di rumah, ibu bapa haruslah memantau aktiviti internet anak-anak
mereka. Memandangkan internet telah menjadi keperluan utama, melarang mereka
daripada menggunakan internet amatlah tidak wajar. Namun,langkah-langkah
pemantauan amatlah berkesan dalam mengatasi masalah ini. Selain itu, di sekolah
juga pemantauan haruslah dilakukan oleh guru-guru yang bertugas, memandangkan
proses pembelajaran dan pengajaran sekarang banyak menggunakan internet. Selain
itu, nilai-nilai murni juga wajar diterapkan di dalam minda remaja-remaja bagi mengelakkan
masalah ini daripada bertambah teruk.
Selain itu juga,
mengehadkan penggunaan internet juga merupakan salah satu langkah yang boleh
diambil untuk mengatasi masalah ini. Penggunaan internet boleh dilakukan dengan
mengehadkan masa penggunaan ataupun mengehadkan jenis laman web yang boleh
dilawati. Had penggunaan ini boleh dilakukan di rumah, di sekolah, dan diPusat
Siber Kafe. Had penggunaan internet wajar dulakukan kepada kanak-kanak bawah
umur bagi mengelakkan kerosakan moral anak-anak remaja kita. Disamping itu juga,
pengehadan penggunaan internet juga boleh membendung golongan bawah umur
daripada melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah. Penggunaan perisian
internet yang dapat menyekat akses ke laman web yang tidak bermoral ini juga
merupakan salahsatu langkah yang amat efisien dalam usaha untuk mengurangkan
masalah ini.
Penggunaan
perisian ini sewajarnya telah diketahui umum kerana ianya merupakan salah satu
jalan yang paling naik dalam mengelakkan masalah penyalahgunaan internet.
Perisian ini wajar digunakan di institusi-institusi pengajian tinggi dan
pejabat-pejabat besar.Perisian ini mampu menghalang akses ke laman web yang
tidak bermoral ini.Sebagai kesimpulan, masalah penyalahgunaan internet ini
wajar dibendung kerana ia akan merosakkan moral muda-mudi dan remaja kita.
Justeru, langkah-langkah pencegahan seperti yang saya sebutkan di atas amatlah
wajar dilaksanakan.
penggunaan internet telah meliputi seluruh dunia...tetapi dalam lebaikan ada juga keburukan kerana manusia terlalu taksub melayarinya. oleh itu, kesedaran dalam diri sangat penting demi kebaikan bersama.
ReplyDeleteInternet memberi kebaikan dan keburukan kepada pengguna..bnyk maklumat yang boleh didapati secara pantas dan mudah dgn sumber yang pelbagai..cuma, pengguna perlu bijak menggunakan samada ke arah kebaikan atau keburukan.
ReplyDeleteWalaupun terdapat banyak faedah daripada penggunaan internet seperti dapat mencari info dengan mudah, mengerat hubungan serta mengembangkan perniagaan, penyalahgunaan internet boleh membawa pelbagai akibat buruk seperti manghasut, penyebaran maklumat palsu dan lain- lain.
ReplyDeleteSUHANA MOHD NOR A143735
Penyalahgunaan internet berpunca dari diri sendiri. Oleh itu kesedaran dari diri sendiri adalah penting. Pilihan berada di tangan sendiri sama ada ke arah kebaikan atau keburukan..
ReplyDeletePenyalahgunaan internet berpunca dari diri sendiri. Oleh itu kesedaran dari diri sendiri adalah penting. Pilihan berada di tangan sendiri sama ada ke arah kebaikan atau keburukan..
ReplyDeleteSaban hari penggunaan internet se makin di gemari oleh setiap lapisan masyarakat di negara Kita.Penggunaan internet juga bertambah dalam kalangan rakyat di negara Kita disebabkan wujudnya rangkaian jaringan sosial yang se makin meluas.oleh yang demikian Kita semua seharusnya pandai mengaplikasikannya mengikut keperluan.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSebagai ibu bapa,kita seharusnya memantau aktiviti anak-anak supaya tidak terdorong dlm penyalahgunaan ICT
ReplyDelete