Thursday, June 25, 2015

10 BARANG INOVASI DAN TEKNOLOGI


1.1.Walking  Frame
Ini ialah alat bantuan untuk pesakit yang lemah pada bahagian kaki. Alat ini dilengkapi dengan roda, brek, pemegang yang tinggi dan ianya juga boleh dilaraskan. Alat ini juga dilengkapi dengan tempat duduk jika seseorang itu kepenatan. Alat ini juga dilengkapi dengan bakul dimana pengguna dapat meletakkan barang-barang terutama ketika membeli-belah. Dengan inovasi ini, alat ini boleh digunakan sebagai kerusi roda, lebih selamat dan lebih mesra pesakit.




2. AccuVein AV300 (sistem melihat vena)
Gambar ini ialah suatu alat yang digunakan untuk membantu mancari salur darah. Alat ini seringan 280gm sahaja. Digunakan sebagai petunjuk dikawasan kulit yang memaparkan urat peripheral. Ia menggunakan bateri yang boleh di cas semula. Cara penggunaan dengan hanya meletakkan kira-kira tujuh inci dari atas permukaan kulit, kemudian alat ini akan mengesan haemoglobin dalam urat dan mempamerkan urat dipermukaan alat Accuvein AV300. Mudah digunakan untuk seseorang yang sukar menampakkan uratnya.




3. Iphone Connected Blood Pressure Monitor
Ini adalah produk terbaru iPhone yang merangkumi alat memeriksa tekanan darah seseorang. Dengan adanya alatan seperti ini seseorang boleh memeriksa tekanan darahnya pada bila-bila masa dan dimana-mana sahaja dengan mudah. Semua data ini akan direkod dan disimpan didalam memori telefon. Alat ini sesuai dan amat bagus digunakan terutamanya bagi seseorang yang mengidap penyakit darah tinggi.




4. Pacifier Thermometer
Alat didalam gambar diatas ini ialah puting termometer yang digunakan untuk mengambil suhu bayi ataupun kanak-kanak. Sekiranya bayi atau kanak-kanak ini demam atau suhu melebihi 37.8C, penggera akan berbunyi. Dengan adanya teknologi seperti ini, ia memudahkan pengambilansuhu bayi atau kanak-kanak pada bila-bila masa sahaja.




5. TROLI DAN BASIKAL
Inilah konsep basikal boleh lipat yang boleh dijadikan troli ketika membeli belah. Iamerupakan sebuah konsep yang diperkenalkan oleh Ville. Ia berkonsepkan sebuah basikal yang mesra pengguna dimana basikal ini mempunyai 2 bakul untuk membawa barang. Apabila basikal ini dilipat, ia kelihatan seperti sebuah troli beroda 3 dengan 2 bakul. Oleh itu, pengguna boleh membawa masuk 'troli' ini ke pasaraya untuk berbelanja dan tidak perlu risau basikal tersebut akan dicuri. Basikal ini juga boleh ditunggani untuk beriadah sebagai salah satu cara untuk menjaga kesihatan dari segi jasmani dan rohani seseorang.




6.  ALAT PENGESAN ALIRAN DARAH 
Obesiti merupakan faktor penyebab berlakunya pembesaran atrial kiri yang meningkatkan risikostrok, ritma jantung tidak normal serta maut. Alat ini berfungsi bagi mengesan keabnormalan aliran darah kejantung. Alat pengesan bersaiz dua ibu jari ini diletakkan di saluran darah atau endothelium di mana ianya merupakan punca kepada kerosakan jantung bermula. Dengan alat ini, kerosakan pada jantung dapat dikesan awal sekurang-kurangnya dua tahun lebih awal dan rawatan segera dapat dilakukan sebelum menjadi lebih teruk.





7.  Silicone toe
Silicone toe adalah satu inovasi yang digunakan untuk pesakit yang mengalami masalah Bunion. Bunion adalah masalah pada tulang dan tisu lembut kaki yang boleh menyebabkan rasa sakit yang berterusan dan keradangan. Bunion bermaksud benjolan, iaitu di sisi ibu jari kaki atau jari kaki kecil menjadi lebih besar, seakan-akan seperti benjolan. Dengan penggunaan Silicone Toe, ia akan memberikan tekanan yang lembut dan berpanjangan di kawasan bunion tersebut, dengan ini sakit akibat daripada bengkak tersebut dapat dikurangkan. Selain daripada itu, pemakaian Silicone Toe dapat mengurangkan geseran dan kerengsaan. Tekanan yang dihasilkan juga akan membantu memberikan kelegaan kepada pesakit.






8.  MesinPreVue Ultrasound
Dicipta oleh Melody Yi-Yun Shiue, untuk melihat perkembangan bayi semasa 9 bulan dalam kandungan. merupakan alat elektronik berpangkalan peranti yang menggunakan teknologi paparan stretchable moden untuk melihat kawasan-kawasan abdomen terutamanya di dalam rahim ibu. Lazimnya ibu bapa hanya berpeluang melihat anak mereka dua kali di imbas sebelum dilahirkan. Bagaimanapun dengan alat perubatan ini ibubapa boleh melihat bayi bergerak, tidur, menguap atau senyum pada bila-bila masa sahaja. Ia juga menggalakkan hubungan ibu dan  anak semakin rapat. Alat ini juga digunakan untuk melihat bagaimana reflex bayi dan menjawab rangsangan luaran seperti suara dan muzik




9. TelefonBimbit ECG
Cetusan idea pakar kardiologi antarabangsa, Prof. Michael C.L. Lim dalam menghasilkan alat pemantau Elektrokardiogram (ECG) yang diintegrasi  ke dalam telefon bimbit secara tidak langsung membuka lembaran baru dalam sejarah perubatan penyakit jantung. Ini kerana gajet yang dikenali sebagai EPI Life itu membolehkan sesiapa sahaja memeriksa dan merekod tahap ECG masing-masing ketika merasai symptom berkaitan masalah kardiologi. Memberi kelebihan dalam pengesanan awal penyakit jantung. Alat yang boleh dimuatkan ke dalam poket itu dapat membantu menyelamatkan nyawa pesakit yang mempunyai sejarah penyakit jantung atau berisiko mengalaminya melalui pengesanan awal.




10.  CerminTerma
Alat ini dipanggil cermin terma yang dicipta oleh elektronik Jepun. Alat ini menggunakan infrared sensor untuk mengesan suhu badan sesiapa yang memandang cermin tersebut dengan jarak 30 cm ( lebih kurang satu kaki) tanpa menyentuh cermin tersebut. Kemudian bacaan suhu badan akan muncul pada cermin tersebut dan jika suhu badan tinggi atau demam, ia akan mengeluarkan bunyi.

No comments:

Post a Comment