Wednesday, June 24, 2015

Isu berkaitan teknologi dan inovasi dalam pendidikan (penyalahgunaan internet dan cara mengatasi)



Hari ini, internet merupakan salah satu media yang paling utama dan paling penting. Internet boleh dikatakan menjadisumber rujukan utama dalam mengetahui tentang isu-isu semasa tempatan dan juga luar negara. Internet juga merupakan media hiburan utama bagi remaja-remaja dan juga golongan dewasa. Namun begiitu, terdapat juga segelintir pihak yang telah menyalahgunakan kemudahan internet ini. Kemudahan internet telah disalahgunakan dengan dijadikan media atau sumber untuk melawat ke laman web pornografi.
Sebagai langkah berjaga-jaga, disamping untuk mengelakkan masalah ini kian berleluasa di kalangan remaja dan kanak-kanak terutamanya, beberapa langkah mengatasi haruslah diambil. Pendekatan haruslah diambil melalui pencegahan dirumah dan di sekolah. Di rumah, ibu bapa haruslah memantau aktiviti internet anak-anak mereka. Memandangkan internet telah menjadi keperluan utama, melarang mereka daripada menggunakan internet amatlah tidak wajar. Namun,langkah-langkah pemantauan amatlah berkesan dalam mengatasi masalah ini. Selain itu, di sekolah juga pemantauan haruslah dilakukan oleh guru-guru yang bertugas, memandangkan proses pembelajaran dan pengajaran sekarang banyak menggunakan internet. Selain itu, nilai-nilai murni juga wajar diterapkan di dalam minda remaja-remaja bagi mengelakkan masalah ini daripada bertambah teruk.
Selain itu juga, mengehadkan penggunaan internet juga merupakan salah satu langkah yang boleh diambil untuk mengatasi masalah ini. Penggunaan internet boleh dilakukan dengan mengehadkan masa penggunaan ataupun mengehadkan jenis laman web yang boleh dilawati. Had penggunaan ini boleh dilakukan di rumah, di sekolah, dan diPusat Siber Kafe. Had penggunaan internet wajar dulakukan kepada kanak-kanak bawah umur bagi mengelakkan kerosakan moral anak-anak remaja kita. Disamping itu juga, pengehadan penggunaan internet juga boleh membendung golongan bawah umur daripada melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah. Penggunaan perisian internet yang dapat menyekat akses ke laman web yang tidak bermoral ini juga merupakan salahsatu langkah yang amat efisien dalam usaha untuk mengurangkan masalah ini.
Penggunaan perisian ini sewajarnya telah diketahui umum kerana ianya merupakan salah satu jalan yang paling naik dalam mengelakkan masalah penyalahgunaan internet. Perisian ini wajar digunakan di institusi-institusi pengajian tinggi dan pejabat-pejabat besar.Perisian ini mampu menghalang akses ke laman web yang tidak bermoral ini.Sebagai kesimpulan, masalah penyalahgunaan internet ini wajar dibendung kerana ia akan merosakkan moral muda-mudi dan remaja kita. Justeru, langkah-langkah pencegahan seperti yang saya sebutkan di atas amatlah wajar dilaksanakan.

9 comments:

  1. penggunaan internet telah meliputi seluruh dunia...tetapi dalam lebaikan ada juga keburukan kerana manusia terlalu taksub melayarinya. oleh itu, kesedaran dalam diri sangat penting demi kebaikan bersama.

    ReplyDelete
  2. Internet memberi kebaikan dan keburukan kepada pengguna..bnyk maklumat yang boleh didapati secara pantas dan mudah dgn sumber yang pelbagai..cuma, pengguna perlu bijak menggunakan samada ke arah kebaikan atau keburukan.

    ReplyDelete
  3. Walaupun terdapat banyak faedah daripada penggunaan internet seperti dapat mencari info dengan mudah, mengerat hubungan serta mengembangkan perniagaan, penyalahgunaan internet boleh membawa pelbagai akibat buruk seperti manghasut, penyebaran maklumat palsu dan lain- lain.
    SUHANA MOHD NOR A143735

    ReplyDelete
  4. Penyalahgunaan internet berpunca dari diri sendiri. Oleh itu kesedaran dari diri sendiri adalah penting. Pilihan berada di tangan sendiri sama ada ke arah kebaikan atau keburukan..

    ReplyDelete
  5. Penyalahgunaan internet berpunca dari diri sendiri. Oleh itu kesedaran dari diri sendiri adalah penting. Pilihan berada di tangan sendiri sama ada ke arah kebaikan atau keburukan..

    ReplyDelete
  6. Saban hari penggunaan internet se makin di gemari oleh setiap lapisan masyarakat di negara Kita.Penggunaan internet juga bertambah dalam kalangan rakyat di negara Kita disebabkan wujudnya rangkaian jaringan sosial yang se makin meluas.oleh yang demikian Kita semua seharusnya pandai mengaplikasikannya mengikut keperluan.

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. Sebagai ibu bapa,kita seharusnya memantau aktiviti anak-anak supaya tidak terdorong dlm penyalahgunaan ICT

    ReplyDelete